Blogroll

Friday, 10 May 2019

Kisah Cinta Kita - Hafiz Suip


Hiii All........ nak share lirik lagi Kisah Cinta Kita,,, best sgt lagu ni


Penyanyi: Hafiz Suip
Komposer: Ikhwan Fatanna & Ayden Ali
Lirik: Dato' A. Aida



Kan ku cerita pada semua
Kisah cinta antara kau dan aku
Agar semua tahu
Dan tak akan dekati dirimu
            
Andainya mampu kan ku ukir
Namamu dan namaku di bulan
Agar satu dunia
Melihat restui cinta kita
        
Aku selalu tersenyum
Bayangkan kita hidup berdua
Berjalan berpegangan tangan
Takkan kau lepaskan
            
Tiba waktunya nanti
Kan ku cerita pada dunia
Yang telah kau pun jadi milikku
Buat selamanya
         
Ku pernah rasa
Kau kan pergi
Tinggalkan diriku sendiri
Kan ku seru dunia
Berdoa kau kembali pada diriku
            
Aku selalu tersenyum
Bayangkan kita hidup berdua
Berjalan berpegangan tangan
Takkan kau lepaskan
         
Tiba waktunya nanti
Kan Ku cerita pada dunia 
Yang kau telah jadi milikku
Buat selamanya
             
Kisah cinta kau dan aku
Kekal selamanya
           
Aku selalu tersenyum
Bayangkan kita hidup berdua
Berjalan berpegangan tangan
Takkan kau lepaskan
           
Tiba waktunya nanti
Kan ku cerita pada dunia
Yang telah kau pun jadi milikku
Buat selamanya

Monday, 16 November 2015

Air Detox....



Air detoks atau infused water menjadi salah satu trend kesihatan untuk menurunkan berat badan. Apakah sebenarnya air detoks? Kalau tengok air detoks cuma air putih yang kemudian dimasukkan pelbagai macam buah-buahan segar. Perlu direndam selama beberapa jam atau seelok-eloknya sehari semalam sebelum diminum. Buah-buahan yang disyorkan dimasukkan dalam air detoks adalah buah-buahan bertekstur keras.

Diet detoks membantu mengurangkan pengambilan kalori sehingga mengurangkan lemak di dalam badan. Tapi macam mana pula untuk sediakan air detoks ini, ya? Haaa.. mungkin anda boleh rujuk cara ini:




1. Timun + Limau + Lemon
Sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Timun, limau dan lemon mampu mengawal nafsu makan selain mengelakkan masalah perut kembung.




2. Teh Hijau + Daun Pudina + Oren
Sangat berkesan untuk membakar lemak, melancarkan penghadaman, mengatasi sakit kepala dan bau mulut. Teh hijau pula memang terkenal dalam membantu meningkatkan metabolisme tubuh.




3.Timun + Lemon + Limau Nipis + Oren
Sesuai untuk mereka yang sedang berdiet kerana timun, lemon, limau nipis dan oren membantu mengawal selera makan dan meningkatkan metabolisme tubuh.




4.Lemon + Daun Pudina
Kombinasi lemon dan daun pudina sesuai buat mereka yang sibuk dan aktif. Lemon dapat menyingkirkan toksin dalam badan manakala daun pudina pula membantu proses penghadaman. Ia sangat membantu menurunkan berat badan.  



5.Oren + Lemon + Limau Nipis
Sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan perut kerana oren dan limau nipis baik untuk sistem pencernaan. Lemon pula membersihkan sistem pencernaan. Berkesan untuk mengatasi masalah perut buncit.


6.Strawberi + Oren +Daun Pudina
Air detoks campuran strawberi, oren dan daun pudina sangat baik untuk diamalkan. Hal ini kerana strawberi mampu mengurangkan kolesterol. Oren pula membantu mengatasi masalah sembelit manakala daun pudina pula mencegah masalah angin dan kembung perut.

Sumber: Mingguan Wanita... untuk kegunaan masa depan... asal nak buat air detox je mesti nak kene tgk tenet... lupa manjang... hehe

Wednesday, 11 March 2015

Khasiat Pisang



Perhatian:

Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah , yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi, garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu . Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda .

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek . Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil . Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari . Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh .

Stress:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh . Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku Ć¢€~The New England Journal of MedicineĆ¢€~, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah .
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Thursday, 26 February 2015

Heaven on Earth.... Maldives !!

Hii..... Salam Semua,

Unggu sebenarnya sangat teruja bila menaip pos nie... nak tahu sebab apa? sila baca sampai habis... Hehe.
Gara-gara tengok rancangan 'Just Married Special' pasal Nickhun dan Victoria pergi Maldives unggu pun search la pasal Kepulauan Maldives.... subahanallah cantik sungguh pulau nie... emmm... boleh la honeymoon ke sini... hehe. Jom tengok beberapa gambar pulau nie.... ehsan dari pakcik google.... ye la, makcik belum jejak kaki disini tengok gambar je ler.... hehe.





Antara resort yang ada di pulau maldives.... kat pulau nie banyak hotel-hotel mewah, ada juga  private pantai. Sangat cantik dan nampak sangat bersih.



Air laut sangat jenih.... crystal clear water!!!


Salah satu pulau yang ada daripada 1,119 buah pulau di kepulauan Maldives.


Salah satu pulau yang keseluruhannya ada airport... iaitu Lapangan Terbang Ibrahim Nasir. Terletak di ibu kota iaitu Male.


Salah sebuah masjid di Hulhumale. Baru tahu yang negara ini ada negara islam... interesting!!


View Sunset....

Kepulauan Maldives nie terletak di Lautan Hindi, mempunyai populasi penduduk seramai 100,000 orang.
Selain pantai yang cantik, banyak lagi tempat menarik yang ada seperti Pusat Islamik yang merangkumi Masjid Utama, Hukuru Miskiiy dan juga Muzium Negara.


Bayangkan duduk atas buaian nie....dengan angin sepoi-sepoi bahasa.... wahhh... heaven.... 



Tuesday, 16 December 2014

Fenomena Aurora borealis

Salam.... haiiii

Dah lama Unggu nak menulis pasal fenomena aurora  nie... satu fenomena alam yang menakjubkan... nak tahu macam mana jom tengok gambar nie...subahanallah.... cantik sangat... dan tak mungkin la kan kat Malaysia nie nak merasa cahaya nie... hehe.






Cantikkan!!.. Meh Unggu ceritakan sedikit pasal cahaya aurora nie.... fenomena alam ini juga dipanggil cahaya utara... cahaya terang yang boleh dilihat dilangit...  salah satunya dipanggil Aurora Borealis... iaitu pancaran cahaya yang menyala-nyala pada lapisan ionosfer akibat dari interaksi antara medan magnetik.  Aurora berpunca dari elektron yang mempunyai tenaga 1-15 keV, iaitu tenaga yang diperolehi elektron yang melalui beza upaya 1,000 - 15,000 volt. Cahaya akan terhasil apabia elektron ini berlanggar dengan atom di inosfera, lazinya di altitud 80-150 km. Pancaran oksigen atom paling menonjol garis kehijauan pada 557.7nm dan ( terutamanya dengan elektron bertenaga lebih rendah pada altitud lebih tinggi) garis merah tua pada 630.0 nm. kedua-duanya merupakan peralihan terlarang aras tenaga oksigen atom yang ( dengan ketiadaan pelanggaran) berterusan untuk masa yang lama, yang menerangan pencerahan dan penyuraman yang beransur-ansur (0.5 - 1 saat) sinar aurora. 

Belajar sains plak kita hari nie ye. hehe. Aurora nie biasanya terjadi dekat kutub utara dan juga kutub selatan.. sebabnya dekat kutubnie la pusat magnetik bumi. Aurora yang terjadi kat kutub utara nie dipanggil Aurora Borealis. Aurora nie mengeluarkan cahaya kehijauan dan kemerahan. Untuk lebih kefahaman sila rujuk wikipedia... hehe.











Aurora nie terjadi dekat negara-negara yang ada iklim sejuk.. antara tempat yang paling terkenal untuk menyaksikan fenomena aurora nie adalah di Yellowknife, Northwest Territories, Canada dan negara-negara seperti Alaska, Norway, Finland da juga Iceland. 

Denggi!!!

Salam....

Dah lama Unggu tak demam... tiba-tiba je minggu lepas Unggu demam... emmm.... takde la demam teruk cuma rasa sakit badan, kepala pening dan pahit mulut... biasala kan bila dah sakit hilang terus selera makan... Ceritanya...... Unggu demam hari petang sabtu.... hari ahadnya dah rasa macam kurang dah demamnya.... tapi pahit mulut dan sakit kepala masih lagi rasa... masa nie Unggu ingatkan dah tak demam... ye la rasa macam dah ok sebab dah boleh gi kerja hari isnin....  Pastu hari rabu perasan ada ruam merah dekat kulit... dah cuak dah... apasal tetiba pulak keluar ruam kan... hehe... suspen tak...

so hari khamis Unggu ke klinik kesihatan dah bila jumpa je nurse terus kena ambik darah sebabya masih lagi demam dan nurse takut ada denggi... cuak giler masa nie.. dah la sepanjang hidup nie belum pernah ambik darah... tapi dah nurse cakap macam tu relakan lah diri ni kena cucuk.... dah siap ambik darah nak kena tunggu jumpa doktor plak.... masa nie dah pikir macam2... takut punya pasal.... bila jumpa doktor... doktor cakap  suspek denggi... platlet darah turun sikit 188..nagis dalam hati ler jwbnye.... hehe. so Unggu tanya la doktor tanda kenapa suspek denggi... kata doktor sebab keluar ruam2 merah dan demam yang berpanjangan... sudahnya esok, jumaat kena datang lagi ambik darah.... masa nie doktor advise kena minum air masak banyak2... Unggu habiskan hampir 4 liter air kosong.... dah minum byk air paham-paham je la kan... asyik  berulang ke tandas je... hehe.

Jumaat... pergi lagi ambik darah platlet turun jadi 186... cuak lagi... tapi nasib baik platlet tak drop sangat..... doktor tak puas hati dengan bacaan darah esok, sabtu  kena datang lagi.... ambik darah lagi... huwaaaa..... malamnya masih lagi minum banyak air... masa nie dah start search dalam internet pasal denggi.... banyak petua yg Unggu dapat suruh makan sup ketam.... esoknya pagi sabtu gigihla masak sup ketam dalam masa yang sama minum banyak air masak dan minum sekali air kiwi... air kiwi nie beli yang dah siap... dalam botol... katanya kiwi nie elok untuk naikkan platlet darah.... malam sabtu pergi cek darah sekali lagi... masa harap sangat yang platlet darah dah naik... ye la dah makan macam-macam... hehe. alhamdulillah... dah ambik darah platlet darah dah naik jadi 258.. syukur.. pastu doktor lak cakap yang Unggu takde denggi... cuma mungkin demam virus je...
Sikit info pasal demam denggi...


Demam Denggi
Pengenalan
Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.
Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).
Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.
Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.

Tanda dan gejala
  • Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
  • Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
  • Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai "breakbone fever".
  • Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
  • Muntah dan kurang selera makan.
Rawatan
  • Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.
  • Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
  • Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
  • Mandi jerlum.
  • Antibiotik tidak diperlukan.

Monday, 13 October 2014

DIY Air untuk Detox


Salam....


Air detox... biasa dengar tak ?  jom cuba resipi nie. Senang saja boleh DIY kat rumah.

1 biji timun ... boleh jugak guna apple hijau
1 biji lemon
12 helai daun pudina
1 liter air

Biarkan semalam dalam peti sejuk....

Ini la hasilnya....
 

sumber gambar...... google. 



Banyak manfaat air detox nie antaranya dapat membuang toksin, seimbangkan PH dalam badan.
Air putih jugak elok minum banyak-banyak, boleh menurunkan berat badan.... emmm... hebatkan.
Elok diamalkan setiap pagi... selamat mencuba!!