Hiiii..... salam
Jom baca artikel nie.... copy dari majalah rapi..hehe
Anda tidak perlu ada alasan untuk bermalas-malasan kerana aktiviti seharian yang anda lakukan itu boleh membantu mengurangkan kalori, sekaligus membuatkan badan anda menjadi lebih fit. Apakah aktiviti 'santai' itu? Cuba perhatikan:
1. Perbelanjaan Bulanan
Setiap bulan anda mempunyai senarai keperluan dapur untuk dibeli di pasaraya. Inilah caranya anda membakar kalori berlebihan dalam badan. Caranya, gunalah troli atau bawa barang perbelanjaan ke dalam kereta anda sendiri. Kembalikan troli ditempat sepatutunya. 1 Jam = 243 kalori
2. Berus Gigi
Doktor menyarankan supaya mengosok gigi sekurang-kuranya 2 minit agar gusi dan rongga mulut sentiasa bersih. Gosoklah gigi anda secara perlahan-lahan agar gigi bersih dan kalori pun terbakar.
2 minit = 5.7 kalori.
3. Mengelap perabot rumah
Anda tidak perlu mendapatkan pembantu rumah kerana anda boleh melakukan sendiri. Bersih dan lap sendiri meja , rak, jendela atau kabinet rumah anda. Membersihkan perabot rumah juga membolehkan anda berpeluh. 30 minit = 80 kalori
4. Menggosok baju
Ini adalah tugas rumahtangga yang paling tidak disukai oleh wanita. Tetapi, mungkin anda boleh mengubah fikiran jika anda tahu aktiviti ini boleh membakar kalori dalam badan anda. 30 minit = 76.5 kalori.
5. Melipat kain
Selepas selesai mengangkat baju diampaian, masanya untuk melipat baju pula. Sudah tentu, aktiviti ini boleh menambahkan kalori yang terbakar. Semakin banyak pakaian dan saiz pakaian yang anda lipat, semakin banyak kalori yang terbakar. 30 minit = 72 kalori
6. Mengemop lantai
Jangan terlalu mengeluh apabila anda perlu membuat kerja tambahan iaitu mengemop lantai. Jadikan tugas ini sebagai aktiviti fizikal untuk mengurangkan kalori yang berlebihan. 30 minit= 153 kalori
7. Menyapu lantai
Jika debu atau kotoran di lantai rumah anada, segera ambil penyapu dan sapulah kotoran ini ke luar. Menggerakkan batang penyapu ke depan dan ke belakang, kiri kanan boleh membakar kalori yang berlebihan. 10 minit = 28 kalori
8. Parkir kereta
Letaklah kenderaan anda dilokasi yang paling jauh dari tempat yang anda ingin tuju, Cara ini menyebabkan anda akan berjalan lebih jauh ke tempat tujuan anda sehinggakan lebih banyak kalori terbakar.
5 minit=10 kalori
oklah selamat beramal semua... bye.. LOL
No comments:
Post a Comment