Jom baca nie.... Unggu ambik dari majalah AT-TAQWA. Sekadar untuk suka-suka saje... macam la kita boleh baca perangai orang kan...
Ketahui 8 ciri manusia melalui tandatangan
Satu Garis Dibawah Tandatangan
Mempunyai keyakinan yang tinggi dan berpesonaliti yang baik.
Namun, bersifat kikir. Mereka juga percaya kepada kebahagiaan dalam kehidupan manusia.
Dua Titik Dibawah Tandatangan
Mereka boleh dikatakan berjiwa romantis. Mudah ganti pasangan seperti menukar baju.
Memilih orang memiliki kecantikan dan mereka sendiri berusaha untuk kelihatan menarik dan mereka juga mudah menarik perhatian orang lain.
Satu titik dibawah tandatangan
Lebih cenderung kepada seni klasik serta perkara yang mudah dan tenang. Jika orang lain yang telah hilang kepercayaan kepada anda, anda tidak akan sesekali kembali kepada mereka dan ini menunjukkan mereka seorang yang tetap pendirian
Tiada Garis atau titik dibawah tandatangan
Mereka selalu hidup senang dalma dunia sendiri dan mereka juga jarang mahu mendengar pendapat orang lain. Mereka ini boleh dikategorikan sebagai pencinta alam tetapi mereka juga mempunyai sifat kikir.
Tiada persamaan antara nama dan tandatangan
Maksudnya tandatangan mereka tidak menonjolkan nama mereka. Golongan ini mencuba untuk kelihatan bergaya, suka menyembunyikan sesuatu. Mereka juga jarang
untuk berterus terang tetapi mereka merupakan pendengar yang baik dan senantiasa memberi perhatian tentang perkara orang lain sedang katakan.
Ada persamaan antara nama dan tandatangan
Mereka ini berkeinginan untuk menjadi bijak tetapi mereka tidak pernah berfikir. Mereka ini tidak konsisten dan selalu menukar idea atau pandangan
seperti angin. Golongan ini tidak pernah berfikir mengenai buruk baik tentang sesuatu perkara. Biasanya, orang lain bisa mengambil hati mereka dengan hanya memuji.
Tandatangan dengan huruf yang tidak bersambung
Mereka ini sangat baik hati. mempunyai hati yang baik, tidak mementingkan diri dan siap berkorban untuk kepentingan dan kebahagian orang yang disayangi.
Tetapi apabila terlalu banyak perkara yang mereka fikirkan, ini menyebabkan meraka cepat tersinggung.
Tandatangan yang lengkap seperti nama
Mereka sangat baik hati dan biasa meyesuaikan diri dengan sesiapa saja yang mereka temui. Golongan ini juga sangat teguh pendirian serta pendapat dan memiliki keinginan yang sangat kuat dalam mendapatkan sesuatu.
No comments:
Post a Comment