Blogroll

Monday 16 June 2014

Tip Untuk Kekal Muda

5 Tips Mudah Untuk Kekal Muda

1. Tidur Yang Cukup
Kehidupan seharian yang sibuk kadang-kala mengakibatkan seseorang individu mengabaikan waktu tidur mereka. Mungkin ramai yang tidak tahu mempunyai waktu tidur yang konsisten setiap hari dapat menjana semula tenaga yang hilang akibat keletihan seharian bekerja. Maka penting untuk seseorang mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti sekurang-kurangnya 7-8 jam sehari. Ini kerana badan manusia akan berehat sepenuhnya ketika mereka tidur.

2. Minum Air Kosong

Air kosong adalah cara termudah dan termurah untuk kekal awet muda. Di mana anda perlu tahu sekitar 80% tubuh manusia terdiri daripada air. Apa guna menggunakan produk kecantikan yang mahal untuk penjagaan wajah namun kurang minum air yang anda sedia maklum mempunyai banyak kelebihan semulajadi. Minum sebanyak mana air putih yang anda mampu. Elakkan alasan malas nak buang air kecil banyak kali dan sebagainya. Tiada alasan jika kita mampu mendisiplinkan diri sendiri.

3. Hindari Tekanan

Hanya orang gila sahaja tidak tertekan! Itu ungkapan yang sering didengari namun anda silap kerana tekanan jugalah mampu mengakibatkan seseorang itu hilang kewarasan. Tahukah anda tekanan mampu menjadikan seseorang itu kelihatan tua sebelum usia. Walaupun tekanan dan manusia tidak dapat dipisahkan. Namun pokok pangkalnya, anda sendiri mampu mengawal setiap tekanan yang mendatang. Apa yang penting adalah anda tahu bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian untuk menanganinya.

4. Senyum

Nampak mudah bukan? Hanya perlu senyum untuk kelihatan lebih muda. Semasa seseorang itu senyum, 16 otot muka digerakkan untuk membentuk senyuman berbanding 43 otot digunakan apabila seseorang itu tengah marah atau bermasam muka. Senyum itu bukan sahaja sedekah, mudah malah percuma. Malah sebuah senyuman juga dapat mengubah keadaan emosi anda menjadi lebih ceria dan positif. Jadi jangan lupa untuk lengkapkan hari anda dengan senyuman.

5. Bersenam

Senaman adalah aktiviti paling sukar dan paling malas untuk dilakukan secara konsisten oleh kebanyakan individu. Senaman juga bukan hanya tertumpu pada “jogging” atau pergi ke gym semata. Namun sebagai permulaan anda hanya perlu melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan, mengemas rumah, menaiki tangga dan sebagainya. Sudah memadai jika anda meluangkan masa 3 kali seminggu, tetapi bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja. Selamat mencuba!