Blogroll

Tuesday 16 December 2014

Fenomena Aurora borealis

Salam.... haiiii

Dah lama Unggu nak menulis pasal fenomena aurora  nie... satu fenomena alam yang menakjubkan... nak tahu macam mana jom tengok gambar nie...subahanallah.... cantik sangat... dan tak mungkin la kan kat Malaysia nie nak merasa cahaya nie... hehe.






Cantikkan!!.. Meh Unggu ceritakan sedikit pasal cahaya aurora nie.... fenomena alam ini juga dipanggil cahaya utara... cahaya terang yang boleh dilihat dilangit...  salah satunya dipanggil Aurora Borealis... iaitu pancaran cahaya yang menyala-nyala pada lapisan ionosfer akibat dari interaksi antara medan magnetik.  Aurora berpunca dari elektron yang mempunyai tenaga 1-15 keV, iaitu tenaga yang diperolehi elektron yang melalui beza upaya 1,000 - 15,000 volt. Cahaya akan terhasil apabia elektron ini berlanggar dengan atom di inosfera, lazinya di altitud 80-150 km. Pancaran oksigen atom paling menonjol garis kehijauan pada 557.7nm dan ( terutamanya dengan elektron bertenaga lebih rendah pada altitud lebih tinggi) garis merah tua pada 630.0 nm. kedua-duanya merupakan peralihan terlarang aras tenaga oksigen atom yang ( dengan ketiadaan pelanggaran) berterusan untuk masa yang lama, yang menerangan pencerahan dan penyuraman yang beransur-ansur (0.5 - 1 saat) sinar aurora. 

Belajar sains plak kita hari nie ye. hehe. Aurora nie biasanya terjadi dekat kutub utara dan juga kutub selatan.. sebabnya dekat kutubnie la pusat magnetik bumi. Aurora yang terjadi kat kutub utara nie dipanggil Aurora Borealis. Aurora nie mengeluarkan cahaya kehijauan dan kemerahan. Untuk lebih kefahaman sila rujuk wikipedia... hehe.











Aurora nie terjadi dekat negara-negara yang ada iklim sejuk.. antara tempat yang paling terkenal untuk menyaksikan fenomena aurora nie adalah di Yellowknife, Northwest Territories, Canada dan negara-negara seperti Alaska, Norway, Finland da juga Iceland. 

Denggi!!!

Salam....

Dah lama Unggu tak demam... tiba-tiba je minggu lepas Unggu demam... emmm.... takde la demam teruk cuma rasa sakit badan, kepala pening dan pahit mulut... biasala kan bila dah sakit hilang terus selera makan... Ceritanya...... Unggu demam hari petang sabtu.... hari ahadnya dah rasa macam kurang dah demamnya.... tapi pahit mulut dan sakit kepala masih lagi rasa... masa nie Unggu ingatkan dah tak demam... ye la rasa macam dah ok sebab dah boleh gi kerja hari isnin....  Pastu hari rabu perasan ada ruam merah dekat kulit... dah cuak dah... apasal tetiba pulak keluar ruam kan... hehe... suspen tak...

so hari khamis Unggu ke klinik kesihatan dah bila jumpa je nurse terus kena ambik darah sebabya masih lagi demam dan nurse takut ada denggi... cuak giler masa nie.. dah la sepanjang hidup nie belum pernah ambik darah... tapi dah nurse cakap macam tu relakan lah diri ni kena cucuk.... dah siap ambik darah nak kena tunggu jumpa doktor plak.... masa nie dah pikir macam2... takut punya pasal.... bila jumpa doktor... doktor cakap  suspek denggi... platlet darah turun sikit 188..nagis dalam hati ler jwbnye.... hehe. so Unggu tanya la doktor tanda kenapa suspek denggi... kata doktor sebab keluar ruam2 merah dan demam yang berpanjangan... sudahnya esok, jumaat kena datang lagi ambik darah.... masa nie doktor advise kena minum air masak banyak2... Unggu habiskan hampir 4 liter air kosong.... dah minum byk air paham-paham je la kan... asyik  berulang ke tandas je... hehe.

Jumaat... pergi lagi ambik darah platlet turun jadi 186... cuak lagi... tapi nasib baik platlet tak drop sangat..... doktor tak puas hati dengan bacaan darah esok, sabtu  kena datang lagi.... ambik darah lagi... huwaaaa..... malamnya masih lagi minum banyak air... masa nie dah start search dalam internet pasal denggi.... banyak petua yg Unggu dapat suruh makan sup ketam.... esoknya pagi sabtu gigihla masak sup ketam dalam masa yang sama minum banyak air masak dan minum sekali air kiwi... air kiwi nie beli yang dah siap... dalam botol... katanya kiwi nie elok untuk naikkan platlet darah.... malam sabtu pergi cek darah sekali lagi... masa harap sangat yang platlet darah dah naik... ye la dah makan macam-macam... hehe. alhamdulillah... dah ambik darah platlet darah dah naik jadi 258.. syukur.. pastu doktor lak cakap yang Unggu takde denggi... cuma mungkin demam virus je...
Sikit info pasal demam denggi...


Demam Denggi
Pengenalan
Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.
Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).
Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.
Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.

Tanda dan gejala
  • Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
  • Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
  • Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai "breakbone fever".
  • Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
  • Muntah dan kurang selera makan.
Rawatan
  • Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.
  • Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
  • Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
  • Mandi jerlum.
  • Antibiotik tidak diperlukan.

Monday 13 October 2014

DIY Air untuk Detox


Salam....


Air detox... biasa dengar tak ?  jom cuba resipi nie. Senang saja boleh DIY kat rumah.

1 biji timun ... boleh jugak guna apple hijau
1 biji lemon
12 helai daun pudina
1 liter air

Biarkan semalam dalam peti sejuk....

Ini la hasilnya....
 

sumber gambar...... google. 



Banyak manfaat air detox nie antaranya dapat membuang toksin, seimbangkan PH dalam badan.
Air putih jugak elok minum banyak-banyak, boleh menurunkan berat badan.... emmm... hebatkan.
Elok diamalkan setiap pagi... selamat mencuba!!



Tuesday 30 September 2014

My Lovely Girl

Salam..




Wow.... citer baru  Rain (Full House)... ahjussi hot korea.. hehe. Citer kedua Rain yang Unggu tengok selepas Full House. Dalam citer nie Rain bergandingan dengan Krystal dari kumpulan F(x). Kalau sesiapa pernah tengok citer The Heirs mesti perasan yang Krystal nie yang pegang watak Lee BoNa awek kepada Chan Young. Kalau tak pernah tengok citer nie boleh cari kat dalam blog Unggu nie... ada citer pasal The Heirs nie.

Ok... berbalik kepada citer nie.... kisahnya pasal dunia hiburan... alkisahnya citer nie pasal Rain yang nanti akan jatuh cinta dengan adik kepada bekas kekasihnya yang dah meninggal dunia. Adik aweknya tu Kystal ni la... 

Nak dijadikan cerita... Rain or watak dia dalam citer nie.... Lee Hyun Wok terjumpa dengan Krystal or Yoon Se Na selepas dia dengar rakaman telefon yang Se Na buat untuk kakak dia yang dah lama meninggal.Se Na buat call untuk kakak dia selepas dia rasa stress dikejar along sebab byk hutang. Kiranya Se Na nie org susah ler. Lee Hyun Wok nie plak orang kaya. Lee Hyun Wok sebenarnya rasa bersalah lepas kematian aweknya... sebb dia rasa yang dia adalah penyebab kemalangan yang berlaku. Sebab tu dia berusaha cari adik awek dia nie.... siap upah penyiasat lagi... padahal depan mata je. Se Na bekerja kat hotel pastu Hyun Wok nie duk kat hotel tu... Se Na nie siap duk jaga angjing Hyun Wok lagi.

Lee Hyun nie plak gaduh dengan bapaknya... satu hari bapaknya sakit so dia terpaksa ambil alih tempat bapa dia dalam syarikat rakaman ANA. Se Na bercita-cita nak jadi penulis lagu Lee Hyun Wok ambik Se Na masuk dalam syrikat diorg ANA...  Lee Hyun Wok nie sangat protective pasal Se Na... nanti2 jatuh cinta la plak diorg nie kan...

Ok la.... xleh nak citer panjang sebabnya.. citer baru start baru episode 6. Klik kat sini untuk tengok online citer nie...  



Thursday 25 September 2014

Salam Jumaat

Salam...



Jumaat 27 September 2014,

Hari yang paling ditunggu-tunggu dalam seminggu.... yeay!!!! esok cuti... boleh la lepak-lepak kat rumah sambil golek-golek tengok citer korea... hahaha... Jom hayati !!! Sama-sama la kita jadi muslim da muslimat yg lebih baik... amin






Monday 16 June 2014

Tip Untuk Kekal Muda

5 Tips Mudah Untuk Kekal Muda

1. Tidur Yang Cukup
Kehidupan seharian yang sibuk kadang-kala mengakibatkan seseorang individu mengabaikan waktu tidur mereka. Mungkin ramai yang tidak tahu mempunyai waktu tidur yang konsisten setiap hari dapat menjana semula tenaga yang hilang akibat keletihan seharian bekerja. Maka penting untuk seseorang mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti sekurang-kurangnya 7-8 jam sehari. Ini kerana badan manusia akan berehat sepenuhnya ketika mereka tidur.

2. Minum Air Kosong

Air kosong adalah cara termudah dan termurah untuk kekal awet muda. Di mana anda perlu tahu sekitar 80% tubuh manusia terdiri daripada air. Apa guna menggunakan produk kecantikan yang mahal untuk penjagaan wajah namun kurang minum air yang anda sedia maklum mempunyai banyak kelebihan semulajadi. Minum sebanyak mana air putih yang anda mampu. Elakkan alasan malas nak buang air kecil banyak kali dan sebagainya. Tiada alasan jika kita mampu mendisiplinkan diri sendiri.

3. Hindari Tekanan

Hanya orang gila sahaja tidak tertekan! Itu ungkapan yang sering didengari namun anda silap kerana tekanan jugalah mampu mengakibatkan seseorang itu hilang kewarasan. Tahukah anda tekanan mampu menjadikan seseorang itu kelihatan tua sebelum usia. Walaupun tekanan dan manusia tidak dapat dipisahkan. Namun pokok pangkalnya, anda sendiri mampu mengawal setiap tekanan yang mendatang. Apa yang penting adalah anda tahu bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian untuk menanganinya.

4. Senyum

Nampak mudah bukan? Hanya perlu senyum untuk kelihatan lebih muda. Semasa seseorang itu senyum, 16 otot muka digerakkan untuk membentuk senyuman berbanding 43 otot digunakan apabila seseorang itu tengah marah atau bermasam muka. Senyum itu bukan sahaja sedekah, mudah malah percuma. Malah sebuah senyuman juga dapat mengubah keadaan emosi anda menjadi lebih ceria dan positif. Jadi jangan lupa untuk lengkapkan hari anda dengan senyuman.

5. Bersenam

Senaman adalah aktiviti paling sukar dan paling malas untuk dilakukan secara konsisten oleh kebanyakan individu. Senaman juga bukan hanya tertumpu pada “jogging” atau pergi ke gym semata. Namun sebagai permulaan anda hanya perlu melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan, mengemas rumah, menaiki tangga dan sebagainya. Sudah memadai jika anda meluangkan masa 3 kali seminggu, tetapi bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja. Selamat mencuba!

Monday 21 April 2014

13 things mentally strong people don’t do


Salam,
Read this guys... see how healthy your mental is... You cannot change the world but you can change the way you see the world... have fun reading this....
 
13 things mentally strong people don’t do

Mentally strong people have healthy habits. They manage their emotions, thoughts, and behaviors in ways that set them up for success in life. Check out these things that mentally strong people don’t do so that you too can become more mentally strong.


1. They don’t waste time feeling sorry for themselves

Mentally strong people don’t sit around feeling sorry about their circumstances or how others have treated them. Instead, they take responsibility for their role in life and understand that life isn’t always easy or fair.

2. They don’t give away their power

They don’t allow others to control them, and they don’t give someone else power over them. They don’t say things like, “My boss makes me feel bad,” because they understand that they are in control over their own emotions and they have a choice in how they respond.

3. They don’t shy away from change

Mentally strong people don’t try to avoid change. Instead, they welcome positive change and are willing to be flexible. They understand that change is inevitable and believe in their abilities to adapt.

4. They don’t waste energy on things they can’t control

You won’t hear a mentally strong person complaining over lost luggage or traffic jams. Instead, they focus on what they can control in their lives. They recognize that sometimes, the only thing they can control is their attitude.

5. They don’t worry about pleasing everyone

Mentally strong people recognize that they don’t need to please everyone all the time. They’re not afraid to say no or speak up when necessary. They strive to be kind and fair, but can handle other people being upset if they didn’t make them happy.

6. They don’t fear taking calculated risks

They don’t take reckless or foolish risks, but don’t mind taking calculated risks. Mentally strong people spend time weighing the risks and benefits before making a big decision, and they’re fully informed of the potential downsides before they take action.

7. They don’t dwell on the past

Mentally strong people don’t waste time dwelling on the past and wishing things could be different. They acknowledge their past and can say what they’ve learned from it. However, they don’t constantly relive bad experiences or fantasize about the glory days. Instead, they live for the present and plan for the future.

8. They don’t make the same mistakes over and over

Mentally strong people accept responsibility for their behavior and learn from their past mistakes. As a result, they don’t keep repeating those mistakes over and over. Instead, they move on and make better decisions in the future.

9. They don’t resent other people’s success

Mentally strong people can appreciate and celebrate other people’s success in life. They don’t grow jealous or feel cheated when others surpass them. Instead, they recognize that success comes with hard work, and they are willing to work hard for their own chance at success.

10. They don’t give up after the first failure

Mentally strong people don’t view failure as a reason to give up. Instead, they use failure as an opportunity to grow and improve. They are willing to keep trying until they get it right.

11. They don’t fear alone time

Mentally strong people can tolerate being alone and they don’t fear silence. They aren’t afraid to be alone with their thoughts and they can use downtime to be productive. They enjoy their own company and aren’t dependent on others for companionship and entertainment all the time but instead can be happy alone.

12. They don’t feel the world owes them anything

Mentally strong people don’t feel entitled to things in life. They weren’t born with a mentality that others would take care of them or that the world must give them something. Instead, they look for opportunities based on their own merits.

13. They don’t expect immediate results

Whether they are working on improving their health or getting a new business off the ground, mentally strong people don’t expect immediate results. Instead, they apply their skills and time to the best of their ability and understand that real change takes time.

Source:
Life Hack via ThinkingHumanity

Tuesday 25 March 2014

OST Sly and Single Again



Hiiii.......

Jom layan lagu nie OST drama Sly and Single Again.



Dohee & J-Min -- Mirror-mirror





Yoo Seung Woo - What Do I Do





Sunday 23 March 2014

Let it Go - Frozen

Hiii.....


Jom dengar lagu ni... ost lagu filem animasi disney frozen....


The snow glows white on the mountain tonight,
not a footprint to be seen.
A kingdom of isolation and it looks like I'm the queen.
The wind is howling like this swirling storm inside.
Couldn't keep it in, Heaven knows I tried.
Don't let them in, don't let them see.
Be the good girl you always have to be.
Conceal, don't feel, don't let them know.
Well, now they know!

Let it go, let it go!
Can't hold it back any more.
Let it go, let it go!
Turn away and slam the door.
I don't care what they're going to say.
Let the storm rage on.
The cold never bothered me anyway.

It's funny how some distance,
makes everything seem small.
And the fears that once controlled me, can't get to me at all
It's time to see what I can do,
to test the limits and break through.
No right, no wrong, no rules for me.
I'm free!

Let it go, let it go.
I am one with the wind and sky.
Let it go, let it go.
You'll never see me cry.
Here I'll stand, and here I'll stay.
Let the storm rage on.

My power flurries through the air into the ground.
My soul is spiraling in frozen fractals all around
And one thought crystallizes like an icy blast
I'm never going back; the past is in the past!

Let it go, let it go.
And I'll rise like the break of dawn.
Let it go, let it go
That perfect girl is gone
Here I stand, in the light of day.

Let the storm rage on!
The cold never bothered me anyway...



Read more: Idina Menzel - (Disney's Frozen) Let It Go Lyrics | MetroLyrics 


Emergency Couple VS Sly and Single Again

Hiiii

Emergency Couple  VS Sly and Single Again.... apa nie? Hehe... nie cerita korea terbaru yang Unggu tengah tengok sekarang.. dua-dua cerita nie sebenarnya lebih kurang je jalan ceritanya.... kisah pasal divorce couple yang berjumpa semula dan jatuh cinta semula.....

Emergency Couple

Dilakonkan oleh Song Ji Hyo...(Running Man) and Choi Jin Hyuk (pelakon drama The Heirs). Kisahnya Oh Jin Hye (Song Ji Hyo) dan Oh Chang Min (Choi Jin Hyuk) berkahwin muda.. Family Oh Chang Min orang berada si Oh Jin Hye plak golongan biasa-biasa aje... bila diorang kawin family Chang Min dah tak support dia sebabnya marah ngan dia tak habiskan pelajar medic.. tapi gedik nak kawin... so biasa la mula-mula kawin cam bahagia je... bila dah ada masalah kewangan mula la gaduh dan akhir sekali bercerai. Part yang kelakar dalam cerita nie bila diorang gaduh... habis semua barang dalam rumah diorang pecahkan.





Kisahnya bila after 6 years diorang cerai ditakdirkan diorang jumpa balik disebuah hospital... kedua-dua nye jadi doktor pelatih.... Oh Jin Hye sambung belajar ambik jurusan perubatan jugak... dah kerja kat hostipal sama apa lagi gaduh lah jawabnya...


para pelakon dalam Emergency Couple




Klik sini untuk tengok drama nie online.



Pelakon cerita nie Joo Sang Wook (berlakon dalam The Thorn Birds) dan Lee Min Jung ( Boys Over Flower dan All about My Romance). Kisahnya Na Ae Ra (Lee Min Jung ) yang nak semula dekat x husband dia  Cha Jung Woo (Joo Sang Wok) yang dah jadi seorang jutawan. Masa diorg bercerai suami nye baru nak mulakan perniagaan... tapi selalu je gagal... sampaikan Na Ae Ra tak tahan dengan suaminya tu...  



Gambar kawin diorang.....

Diorang jumpa semula lepas Ae Ra ditahan polis... Ae Ra nie mengaku yang dia xwife kepada CEO Dontalk syarikat kepunyaan xhubby dia... nie first time diorg jumpa lepas cerai... sebelum nie Ae Ra nie tak tahu yang suaminye dah berjaya.... dan2 lepas jumpa suaminya tu dia buat plan nak rapat semula dengan suaminya. Dia mintak kerja kat syarikat xhubby dia... sudah nya dia dapat jadi intern kat syarikat suaminya... walaupun kerja kat satu tempat diorg nie buat macam tak kenal je... tapi bila ada je benda nak cakap diorg akan jumpa dekat rooftop... xhubby dia macam sayang lagi kat dia sebenarnya... siap buatkan rumah impian diaorg lagi... tapi ego punya pasal.... dia marah kat xwife dia Ae Ra sebab time susah tak nak tolong dia... tapi bila dia dah berjaya dan kaya-raya mula nak buat baik ngan dia... 



mamat secretary Cha Jun Woo namanya L 

pelakon-pelakon lain dalam citer nie...

Untuk tengok drama nie online klik sini. 



Taman Saujana Hijau, Putrajaya

Salam....

Unggu is back!!!.. hehe. Hari nie nak cerita pasal Taman Saujana Hijau... Taman nie terletak dekat Presint 11, Putrajaya. Sebelum nie Unggu tengok gambar je... memang cantik taman nie dalam gambar.... pagi sabtu yang lepas Unggu dengan adik pergi la ketaman nie... memang cantik sangat taman nie... lain dari taman-taman lain.... rupanya ada taman yang cantik dekat Putrajaya nie.. hehe.


                                                nie dia permandangan keseluruhan taman ni...

Tarikan utama kat taman nie sebenarnya ialah pokok pain.... pokok-pokok pain ditaman disepanjang lereng bukit kat sini... feel nye macam duk oversea gitu.. hehe. Punyalah luas taman nie sampai makan masa satu ja jugaklah nak pusing satu taman nie...


antara pic yang sempat Unggu snap.....




cantik kan bunga merah ngan kuning nie....





 Ramai gak la pengunjung taman nie... ramai yg datang sini untuk jogging, beriadah bersama keluarga dan ada jugak yang datang ke sini untuk photoshot gambar kawin... Bagi yang tak tahu macam mana nak cari taman nie... maklumla taman nie tersorok sikit... presint 11 nie dekat ngan presint 9 dan presint 10 ... jadi untuk mudahkan pencarian cari presint 9 dulu... nanti jumpa la signboard ke presint 11 nie.. jalan masuk ke taman nie dekat dengan balai polis presint 11...






Wednesday 19 February 2014

Ekspo Buku Islam Putrajaya 2014

 
Hiiii.....
 
 
Hari-hari lalu jalan nak ke office nampak poster nie... Unggu nak share la sikit dengan korang semua...
 
 

 
ini dia posternya....
 
 
Ekspo Buku Islam 10 Putrajaya... tarikhnya 28 Februari - 9 Mac 2014. Tempatnya Kompleks Perbandanan Putrajaya.... bagi yang tak tahu mana kompleks nie... bangunan nie sebelah Jabatan Pendaftaran Negara, depannya ada Istana Kehakiman... dan dekat juga dengan Kementerian Asas Tani. Dekat jugak dengan Masjid Sultan Mizan (masjid besi).
 
Macam- macam aktiviti yang akan diadakan.. boleh refer poster.. hehe. Ok la untuk maklumat selanjutnya, nanti Unggu update..... dekat sangat dengan office nie... memang sia2 la kan kalau tak pergi. Teruja gak Unggu nak pergi... boleh la borang buku nanti...
 
 
 


My Love From The Star

Hiii....

Unggu nak kongsikan dengan anda semua pasal cerita korea tajuknya My Love From The Star... sekarang nie tengah bersiaran di One HD setiap rabu dan khamis. Meh kita berkenalan dengan pelakon-pelakon cerita nie...


 
Heroinya Jun Ji Hyun, sebagai Cheon Song-yi aktres terkenal kat korea  dan heronya plak Kim Soo Hyun wataknya sebagai alien. Heroin cerita nie gak la yang  berlakon dalam filem My Sassy Girl, dah lama sangat cerita nie... unggu pun tak ingat sangat dah... hehe. My Love From The Star nie mengisahkan seorang alien Do Min-joon .... yang dah turun ke bumi nie lebih kurang 400 tahun yang lalu...  (abaikan ketidak logikkan citer nie... hehe). Walaupun dah 400 tahun dia hidup kat bumi nie dia tak pernah tua... dah nama pun alien kan... hehe. Dia terpaksa tukar identiti diri dia setiap 10 tahun. Kisahya Min joon nie jatuh cinta dengan Song yi selepas Song yi pindah kat apartment sama dengan Min joon tinggal.

Sebenarnya Min joon jatuh cinta kat Song yi nie sebab sebelum nie dia kat zaman dahulu kala dia pernah jatuh cinta kat seorang gadis nie.. mukanya sama dengan Song yi nie.. so bila Min joon nie pandang Song yi ni dia rasa macam kenal lama dah dengan perempuan nie. Min joon nie jugak sebenarnya pernah selamatkan Song yi ni daripada satu kemalangan jalan raya, waktu nie Song yi nie muda remaja lagi, malangnya Song yi tak ingat sangat orang yang selamatkan dia tuh.


Min joon ni seorang pensyarah dekat universiti dan kebetulan lak Song yi nie sambung belajar dan masuk plak kelas yang Min joon ajar. Walaupun Min Joon nie alien tapi dia tak pernah lak salah guna power yang dia ada... Kelakar gak watak Song yi nie.. walaupun aktres terkenal tapi dia nie macam bimbo skit... hehe.

Kisahnya, Song yi jadi diburu sebab dia secara tak sengaja ada bukti pembunuhan seorang aktres nie... Song yi tak sedar pun... masa nie kejaya dia dah jatuh... sampai terpaksa jual harta nak bayar hutang... si alien nie plak bersudah payah nak protect Song yi nie daripada orang jahat.. tapi Min Jonn tak boleh nak gunakan kuasa yang dia ada.

Watak lain dalam cerita nie.. Park Hae Jin  sebagai Lee Hwi Kyung kawan Song yi dari kecik lagi... dia nie memang lama dah suka kat Song yi nie... tapi song yi tak layan dia... Song yi anggap dia nie sebagai kawan je... satu lagi watak seorang pelakon yang sukakan Hwi Kyung nie iaitu Yoo Se mi lakonan Yoo In Na. Se Mi dengan Song yi nie memang tak ngam walaupun diorg kenal daripada kecil lagi.

Cerita korea nie heronya mesti perfect kan... handsome, pandai, macho dan kaya bagai... yang heroin lak tak berapa nak cun, mesti ala-ala bimbo sikit.... hehe.  Cerita nie pun sama ler... tapi jalan ceritanya lain la sikit kan sebabnya manusia bercinta dengan alien... bukan alien yang muka buruk bagai.. yang nie alien yang handsome punya..... Pendek kata cerita nie cukup rencah la ada kelakar, sedih, aksi romantik dan geram pun ada sebab ada watak jahat dalam citer nie...

Ok la... kalau nak layan drama nie online boleh klik kat sini... selamat menonton..

Wednesday 5 February 2014

I Love You To Death : OST Prime Minister and I

                                       

English Translation:

Love to death like the sun
Your heart has hotly embraced me
I already lost everything
I threw away the truth with my head hanging low
You waited for me, anxiously, blindingly
You loved me, reflected in your eyes, even more
I really didn’t know your heart
So I only lingered around an empty spot
I want to touch you, I want to be colored by you
In my spot that I return to, you’re not there
Even the truth, even love, everything
Now I know how precious you are, I’m not worthy to have you
I’ll love you, I will love you to death
My blessed life is only about you
I want to hold onto you, I want to only shine on you
At your turning back, I am there
Even your pain, even the lies, everything
Now I need you, I’m not worthy to have you
I’ll love you, I will love you to death
My blessed life is only about you
Only you

Romanized:

Jugeul mankeum saranghara jeo taeyangcheoreom
Ne gaseummaneun tteugeoupge nae pumeul gamssago
Imi nan modeungeol irheosseo
Jinsildo beoryeo gogae sugin nae moseup
Nunbusil mankeum aetahamyeo nal gidaryeojudeon
Neoui nune bichin nareul deo saranghaejudeon
Neoreul neomudo mollasseo
Geureon jul ara binjariman doldeon na
Neoreul manjigo sipeo neoege muldeulgo sipeo
Dasi doraganeun nae jarieneun nega eobseo
Jinsildo sarangdo modu da
Ijeneun na nega sojunghae neoreul gatgien mojaran nareul
Saranghalge jugeul mankeum saranghalge
Chukbokbadeun nae insaengeun neo, neo hanappuniya
Neoreul butjapgo sipeo ojik neomaneul bichugo sipeo
Neoui doraseoneun dwitmoseubeneun naega isseo
Ne apeumdo geojitdo moduda
Ijeneun na nega pillyohae neoreul gatgien mojaran nareul
Saranghalge jugeul mankeum saranghalge
Chukbokbadeun nae insaengeun neo, neo hanappuniya
Neo hanappuniya

Monday 6 January 2014

Prime Minister and I

Salam... hiiiii


Cerita korea pertama Unggu tengok untuk tahun 2014... tajuknya Prime Minister and I. Lately banyak sangat kan cerita melayu pasal kawin paksa atau kawin kontrak, cerita korea nie pun lebih kurang jugak la plotnya... kisah seorang paparazi kawin dengan seorang prime minister.


nie dia pm hero dan heroinnya

Heroin cerita nie YoonA (Nam Da Jung), dia nie panyanyi kumpulan Girl's Generation atau SNSD. Heronye Lee Boem Soo (Kwon Yul) lak baru first time tgk.... Cerita nie genre komedi romantik.  Kisahnya si PM Kwon Yul nie duda anak 3... PM termuda dalam sejarah korea.. dia kehilangan isteri dalam satu kemalangan jalan raya. Nam Da Jung lak seorang reporter yang cover citer PM nie. 

Nam Da Jung ada ayah yang sakit dan ada masa 6 bulan je lagi hidup. Ayah dia seboleh-bolehnya nak anaknya kawin sebelum menutup mata. Dalam masa sama Nam Da Jung ada skandal dengan PM nie. Ramai yang anggap si Nam Da Jung nie girlfriend PM. Termasuk la ayah Nam Da Jung. Ada la insiden yang berlaku yang menyebabkan salah faham tentang hubungan mereka. Diorang berdua nie kawin secara kontrak. Mula-mula PM nie tak nak kawin dengan Nam Da Jung tapi lepas dapat tahu keadaan ayah Nam Da Jung dan sebab anak lelaki dia suka sgt kat Nam Da Jung nie, PM pun setujula nak kawin.

Macam mana PM dengan Da Jung boleh ada skandal? Meh baca sini.... Alkisahnya Da Jung nie diberi tugasan untuk cari cerita panas pasal PM nie... ye la dia kan paparazi.. hehe.  Dalam pada Da Jung sibuk mengorek cerita pasal PM nie... anak lelaki PM kena culik oleh seorang wartawan jugak... Da Jung yang jumpa anak dia nie... PM salah paham dia ingat kan Da Jung yang culik anak dia sebab nak tahu cerita pasal diri dia. Ada plak wartawan yang ambik gambar PM dengan Da Jung dalam keadaan mencurigakan... melalui gambar nie la ramai yang buat spekulasi yang PM dan Da Jung ada skandal.



Nie pelakon-pelakon lain dalam cerita nie, Yoon Shi Hoon, Yoona, Lee Boem Soo, 
Chae Jung An dan Ryu Jin. 

Yoon Shi Hoon bawak watak Kang In Ho, dia nie orang kanan PM (Top Elite Officer). Nanti Kang In Ho nie akan ada hati kat Nam Da Jung .. Chae Jung An (Seo Hye Joo) nie plak orang PM nie jugak... rasanya dia nie ada hati dengan PM... diorang belajar dekat universiti yang sama. Ryu Jin pulak pegang watak Park Jun Ki... seorang menteri.....  Dia nie tak sebulu dengan PM, cuba nak jatuhkan PM. Junki nie bekas abang ipar PM, dia salahkan PM atas kematian adiknya. 

relationship watak dalam cerita nie.....


Boleh tengok cerita nie kat KBS World 391, 392 setiap isnin dan selasa. Klik kat sini kalau nak tengok online.  Emmm... rasanya dalam cerita nie PM lebih risaukan masalah perempuan lebih dari masalah negara... hehe. Ok la... Selamat Menonton... LOL


Friday 3 January 2014

Manjakan diri dengan Garnier Mask

Salam... Hiiiii....

Bosan malam nie xtau nak buat apa,  nak tengok cerita kat tv tak de apa-apa yang best... Unggu selongkar barang dalam laci jumpa benda nie... lama dah beli tak pakai pun.


Ini bendanya....Garnier Lightening Peel-off Mask

Tak ingat bila beli benda nie.... emmm... . Untuk apa mask nie? Meh sini Unggu citerkan... mask nie baik untuk mengatasi masalah kulit kusam, menanggalkan kotoran dan sel kulit mati. Yang paling penting pemakaian mask nie boleh menegangkan kulit muka kita, sebab tu kalau pakai mask takut nak bercakap, takut muka kedut... hehe. Kalau rajin pakai mask juga boleh melembapkan kulit muka tau... tapi nak kena pakai amalkan selalu la kan baru leh tengok hasilkan... 

Macam mana nak pakai Mask ni?

First cuci muka bersih-bersih, sapukan masker ke seluruh wajah dalam lapisan yang nipis dan rata... tunggu sehingga masker kering.. dalam 15 minit la.. pastu tarik masker perlahan-lahan mula dari bahagian bawah wajah. Bilas dengan air hangat. 

Banyak jenama mask yang ada kat pasaran... nak beli masker nie nak kena tengok gak jenis kulit kita bukan apa takut tak sesuai dengan kulit kita kan.. Selamat mencuba!!















New Year 2014

Salam....


 another fresh new year is here, another year to live, to banish worry, doubt and fear, to love, laugh and give......

3 Januari 2014, belum terlambat lagi rasanya untuk Unggu ucap Selamat Tahun Baru 2014. Ini first entry Unggu untuk tahun 2014 (lama dah sebenarnya x update blog..hehe). Pejam celik, pejam celik dah masuk tahun baru 2014 kan... rasa cam sekejap je masa berlalu.. Azam Unggu untuk tahun nie adalah untuk merealisasikan azam tahun lepas... hehe. ada ke azam cam gitu... Apa-apa pun semoga ditahun baru nie kehidupan kita semua akan jadi lebih baik, dilimpahkan rezeki yang halal dan dikurniakan kesihatan yang baik... amin.

Tak ada apa yang berubah pun untuk tahun baru nie...cuma umur makin bertambah. Semoga pertambahan umur nie akan menjadikan kita insan yang lebih matang dan tenang dalam menjalani kehidupan harian. 

Jom hayati quote nie.... Bye.. LOL.