Blogroll

Monday 28 October 2013

Petua: Memerahkan bibir

Hiii... salam semua,

Hari nie Unggu nak berkongsi dengan anda semua bagaimana cara untuk memerahkan bibir. Ada sesetengah orang mengalami bibir hitam kan?.. emmm. Unggu la tue... hehe. Petua nie sebenarnya Unggu dapat dari pakcik 'Google'.... hehe. So, sapa-sapa yang ada masalah seperti Unggu nie, bolehlah try petua. Petua nie mesti selalu diamalkan, baru dapat hasil yang kita nak. Kalau buat sekali dua saja memang tak jadi la kan...Ok la, selamat mencuba yer..... bye !!! LOL.

1. Madu

Madu merupakan penawar atau ubat semulajadi untuk berbagai masalah kesihatan dan kecantikan termasuklah untuk memerahkan bibir. Sapu madu pada bibir anda setiap malam sebelum tidur.

2. Air Mawar

Setiap kali anda hendak tidur malam, usap lembut bibir anda dengan bola kapas yang dibasahi air mawar dingin untuk membuat bibir kelihatan lebih lembut dan merah keesokan harinya.

3. Limau nipis

Limau nipis pada dasarnya adalah bahan pemutih semulajadi. Campur 2 sudu makan air masak suam dan jus limau dengan 2 sudu makan madu, lalu sapukan pada bibir, biarkan selama 10-15 minit . Akhir sekali bila bibir dengan air suam. Jika ini dilakukan secara rutin, warna bibir yang kehitaman akan berubah menjadi lebih merah.

4. Kunyit

Campurkan isi kunyit yang telah ditumbuk dengan 1 sudu teh susu suam atau susu krim. Urut bibir anda dengan ramuan ini setiap hari selama 5 minit. Ini akan membuat bibir anda kelihatan merah secara semulajadi dan lebih kenyal.

5. Daun ketumbar

Daun ketumbar akan memudarkan warna gelap pada bibir. Hancurkan 2 lembar daun ketumbar dengan air, kemudian sapukan pada bibir dan biarkan selama 20 minit, kemudian bilas dengan air suam. Lakukan ini secara rutin untuk mendapatkan hasil yang maksima.

6. Minyak Almond (Badam)

Perubahan warna bibir boleh terjadi disebabkan kurangnya kelembapan. Minyak almond (badam) mengandungi zat yang dapat membantu melembabkan bibir anda. Hanya sapukan minyak almond pada bibir sebelum tidur. Untuk hasil yang lebih maksima, campurkan minyak almond dengan jus lemon dan madu. Jika anda tidak ada minyak almond, anda boleh gantikannya dengan minyak zaitun.

7. Gliserin

Gliserin adalah satu bahan kimia yang memiliki banyak manafaat bagi kecantikan termasuk untuk bibir. Urutilah bibir anda dengan gliserin setiap hari. Hal ini akan membantu mengembalikan bibir anda menjadi merah aslinya.

8. Mentega

Anda boleh juga sapukan mentega di bibir setiap malam sebelum masuk tidur. Ini juga dapat membantu mengembalikan warna bibir menjadi lebih segar dan kemerahan.

9. Yoghurt

Campuran madu, yoghurt dan tepung beras serta beberapa titik jus limau nipis juga dapat digunakan secara teratur pada bibir untuk membuatnya kelihatan lebih merah.

Thursday 24 October 2013

The Wedding Breaker

hiii.... Salam semua..

Giler lama Unggu peram blog nie 3 tahun tu. Tapi tak pe "better late than never" kan. Untuk first time nak kongsi novel yang baru nak baca ... The Wedding Breaker by Evelyn Rose. Tajuk novel dan penulis nama orang putih tapi isinya melayu... novel ihsan dari office mate yang baik hati bagi pinjam... hehe.


                                                             
meh baca sinopsis novel nie..

Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose
Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!
Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.
“What’s so funny?”
“Talking to me?”
“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”
Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!
“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”
“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”
“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”
Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?
“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil

Unggu nak baca citer nie sebab katanya akan didramakan, baca dulu novelnya nanti compare ngan drama plak. Nak tengok macam mana diorang akan visualkan apa yang kita bayangkan... hehe.

Secret Love

Hiiii... Salam semua,

Nak share dengan korang semua drama korea yang sedang Unggu tengok sekarang iaitu Secret Love.


                                                                nie dia poster nyer....

Sebab utama Unggu tengok citer nie pasal heronya Ji Sung... best hero nie belakon.. dia nie jugak hero citer Protect The Boss. Ceritanya kat Korea sana dah sampai episod 8. Unggu layan citer nie kat tv KBS World Astro 392, setiap rabu dan khamis jam 9.10 malam.

Citer nie bermula dengan rahsia. Setiap watak utama dalam citer nie simpan rahsia masing-masing. Meh Unggu citer sikit ye... Citer nie start dengan heroin (Kang Yoo-Jung) dan kekasihnya (An Do-Hoon)  terlibat dengan kemalangan jalan raya, diorang berdua nie langgar kekasih hero (Jo Min-Hyuk) dan meninggal dunia. Kang Yoo Jung tak tahu yang diaorang dah langgar orang. An Do Hoon tahu tapi dia rahsiakan hal nie dari pengetahuan Kang Yoo-Jung.

                                                    nie dia An Do Hoon..........

Mula la kisah sedih Kang Yoo Jung, berkorban demi kekasihnya dengan mengaku kepada pihak polis yang dia dah langgar orang. Kang Yoo Jung tak tahu yang sebenarnya kekasihnya An Do Hoon tahu yang diorang dah langgar orang malam tu.  Kang Yoo Jung mengaku dia yang langgar sebab nak selamatnya kekasihnya, yang baru dapat kerja peguam.  

Jo Min Hyuk plak sedih sangat kekasihnya meninggal dunia, lagi la dia sedih sebab dapat tahu yang kekasihnya itu sedang mengandungkan anak dia. Min Hyuk nie berdendam dengan Kang Yoo Jung, seboleh-boleh nya dia nak Yoo Jung nie dapat balasan atas perbuatannya tu.

Yoo Jung kena hukuman penjara 5 tahun. Masa kat dalam penjara Yoo Jung nie plak mengandung. Dia dapat anak lelaki, tapi malang anak dia meninggal kat rumah anak yatim. Sedih bila Yoo Jun keluar penjara dan pergi cari anak dia, baru dia tahu anak dia dah takde. Ayah Yoo Jun plak sakit.. tak berapa betul. 

~~ episod kat tv baru setakat nie.. Unggu sakit hati dengan An Do Hoon nie, pengecut sangat, sanggup dia biarkan kekasihnya kena hukuman demi nak selamatkan dia. Di sebabkan rahsia itu dia plak pi bunuh ayah Yoo Jun sebab ayah Yoo Jun dah dapat agak yang dia sebenarnya bersalah. Min Hyuk plak obses sangat dengan Yoo Jun sampaikan dia ikut mana saja Yoo Jun nie pergi, seboleh-bolehnya dia nak buat hidup Yoo Jun nie merana walaupun Yoo Jun dah kena hukuman penjara.

Unggu tak sabar nak tengok macam mana  Min Hyuk dan Yoo Jun nie jatuh cinta. Mesti la jatuh cinta kan hero dan heroin katanya... hehe. Tunggu lah episod seterusnya... Sekian dari Unggu... LOL.

                                                               heroin dan heronya.....