Blogroll

Thursday 24 October 2013

Secret Love

Hiiii... Salam semua,

Nak share dengan korang semua drama korea yang sedang Unggu tengok sekarang iaitu Secret Love.


                                                                nie dia poster nyer....

Sebab utama Unggu tengok citer nie pasal heronya Ji Sung... best hero nie belakon.. dia nie jugak hero citer Protect The Boss. Ceritanya kat Korea sana dah sampai episod 8. Unggu layan citer nie kat tv KBS World Astro 392, setiap rabu dan khamis jam 9.10 malam.

Citer nie bermula dengan rahsia. Setiap watak utama dalam citer nie simpan rahsia masing-masing. Meh Unggu citer sikit ye... Citer nie start dengan heroin (Kang Yoo-Jung) dan kekasihnya (An Do-Hoon)  terlibat dengan kemalangan jalan raya, diorang berdua nie langgar kekasih hero (Jo Min-Hyuk) dan meninggal dunia. Kang Yoo Jung tak tahu yang diaorang dah langgar orang. An Do Hoon tahu tapi dia rahsiakan hal nie dari pengetahuan Kang Yoo-Jung.

                                                    nie dia An Do Hoon..........

Mula la kisah sedih Kang Yoo Jung, berkorban demi kekasihnya dengan mengaku kepada pihak polis yang dia dah langgar orang. Kang Yoo Jung tak tahu yang sebenarnya kekasihnya An Do Hoon tahu yang diorang dah langgar orang malam tu.  Kang Yoo Jung mengaku dia yang langgar sebab nak selamatnya kekasihnya, yang baru dapat kerja peguam.  

Jo Min Hyuk plak sedih sangat kekasihnya meninggal dunia, lagi la dia sedih sebab dapat tahu yang kekasihnya itu sedang mengandungkan anak dia. Min Hyuk nie berdendam dengan Kang Yoo Jung, seboleh-boleh nya dia nak Yoo Jung nie dapat balasan atas perbuatannya tu.

Yoo Jung kena hukuman penjara 5 tahun. Masa kat dalam penjara Yoo Jung nie plak mengandung. Dia dapat anak lelaki, tapi malang anak dia meninggal kat rumah anak yatim. Sedih bila Yoo Jun keluar penjara dan pergi cari anak dia, baru dia tahu anak dia dah takde. Ayah Yoo Jun plak sakit.. tak berapa betul. 

~~ episod kat tv baru setakat nie.. Unggu sakit hati dengan An Do Hoon nie, pengecut sangat, sanggup dia biarkan kekasihnya kena hukuman demi nak selamatkan dia. Di sebabkan rahsia itu dia plak pi bunuh ayah Yoo Jun sebab ayah Yoo Jun dah dapat agak yang dia sebenarnya bersalah. Min Hyuk plak obses sangat dengan Yoo Jun sampaikan dia ikut mana saja Yoo Jun nie pergi, seboleh-bolehnya dia nak buat hidup Yoo Jun nie merana walaupun Yoo Jun dah kena hukuman penjara.

Unggu tak sabar nak tengok macam mana  Min Hyuk dan Yoo Jun nie jatuh cinta. Mesti la jatuh cinta kan hero dan heroin katanya... hehe. Tunggu lah episod seterusnya... Sekian dari Unggu... LOL.

                                                               heroin dan heronya.....


No comments:

Post a Comment