Blogroll

Sunday 23 March 2014

Emergency Couple VS Sly and Single Again

Hiiii

Emergency Couple  VS Sly and Single Again.... apa nie? Hehe... nie cerita korea terbaru yang Unggu tengah tengok sekarang.. dua-dua cerita nie sebenarnya lebih kurang je jalan ceritanya.... kisah pasal divorce couple yang berjumpa semula dan jatuh cinta semula.....

Emergency Couple

Dilakonkan oleh Song Ji Hyo...(Running Man) and Choi Jin Hyuk (pelakon drama The Heirs). Kisahnya Oh Jin Hye (Song Ji Hyo) dan Oh Chang Min (Choi Jin Hyuk) berkahwin muda.. Family Oh Chang Min orang berada si Oh Jin Hye plak golongan biasa-biasa aje... bila diorang kawin family Chang Min dah tak support dia sebabnya marah ngan dia tak habiskan pelajar medic.. tapi gedik nak kawin... so biasa la mula-mula kawin cam bahagia je... bila dah ada masalah kewangan mula la gaduh dan akhir sekali bercerai. Part yang kelakar dalam cerita nie bila diorang gaduh... habis semua barang dalam rumah diorang pecahkan.





Kisahnya bila after 6 years diorang cerai ditakdirkan diorang jumpa balik disebuah hospital... kedua-dua nye jadi doktor pelatih.... Oh Jin Hye sambung belajar ambik jurusan perubatan jugak... dah kerja kat hostipal sama apa lagi gaduh lah jawabnya...


para pelakon dalam Emergency Couple




Klik sini untuk tengok drama nie online.



Pelakon cerita nie Joo Sang Wook (berlakon dalam The Thorn Birds) dan Lee Min Jung ( Boys Over Flower dan All about My Romance). Kisahnya Na Ae Ra (Lee Min Jung ) yang nak semula dekat x husband dia  Cha Jung Woo (Joo Sang Wok) yang dah jadi seorang jutawan. Masa diorg bercerai suami nye baru nak mulakan perniagaan... tapi selalu je gagal... sampaikan Na Ae Ra tak tahan dengan suaminya tu...  



Gambar kawin diorang.....

Diorang jumpa semula lepas Ae Ra ditahan polis... Ae Ra nie mengaku yang dia xwife kepada CEO Dontalk syarikat kepunyaan xhubby dia... nie first time diorg jumpa lepas cerai... sebelum nie Ae Ra nie tak tahu yang suaminye dah berjaya.... dan2 lepas jumpa suaminya tu dia buat plan nak rapat semula dengan suaminya. Dia mintak kerja kat syarikat xhubby dia... sudah nya dia dapat jadi intern kat syarikat suaminya... walaupun kerja kat satu tempat diorg nie buat macam tak kenal je... tapi bila ada je benda nak cakap diorg akan jumpa dekat rooftop... xhubby dia macam sayang lagi kat dia sebenarnya... siap buatkan rumah impian diaorg lagi... tapi ego punya pasal.... dia marah kat xwife dia Ae Ra sebab time susah tak nak tolong dia... tapi bila dia dah berjaya dan kaya-raya mula nak buat baik ngan dia... 



mamat secretary Cha Jun Woo namanya L 

pelakon-pelakon lain dalam citer nie...

Untuk tengok drama nie online klik sini. 



No comments:

Post a Comment