Blogroll

Wednesday 19 February 2014

My Love From The Star

Hiii....

Unggu nak kongsikan dengan anda semua pasal cerita korea tajuknya My Love From The Star... sekarang nie tengah bersiaran di One HD setiap rabu dan khamis. Meh kita berkenalan dengan pelakon-pelakon cerita nie...


 
Heroinya Jun Ji Hyun, sebagai Cheon Song-yi aktres terkenal kat korea  dan heronya plak Kim Soo Hyun wataknya sebagai alien. Heroin cerita nie gak la yang  berlakon dalam filem My Sassy Girl, dah lama sangat cerita nie... unggu pun tak ingat sangat dah... hehe. My Love From The Star nie mengisahkan seorang alien Do Min-joon .... yang dah turun ke bumi nie lebih kurang 400 tahun yang lalu...  (abaikan ketidak logikkan citer nie... hehe). Walaupun dah 400 tahun dia hidup kat bumi nie dia tak pernah tua... dah nama pun alien kan... hehe. Dia terpaksa tukar identiti diri dia setiap 10 tahun. Kisahya Min joon nie jatuh cinta dengan Song yi selepas Song yi pindah kat apartment sama dengan Min joon tinggal.

Sebenarnya Min joon jatuh cinta kat Song yi nie sebab sebelum nie dia kat zaman dahulu kala dia pernah jatuh cinta kat seorang gadis nie.. mukanya sama dengan Song yi nie.. so bila Min joon nie pandang Song yi ni dia rasa macam kenal lama dah dengan perempuan nie. Min joon nie jugak sebenarnya pernah selamatkan Song yi ni daripada satu kemalangan jalan raya, waktu nie Song yi nie muda remaja lagi, malangnya Song yi tak ingat sangat orang yang selamatkan dia tuh.


Min joon ni seorang pensyarah dekat universiti dan kebetulan lak Song yi nie sambung belajar dan masuk plak kelas yang Min joon ajar. Walaupun Min Joon nie alien tapi dia tak pernah lak salah guna power yang dia ada... Kelakar gak watak Song yi nie.. walaupun aktres terkenal tapi dia nie macam bimbo skit... hehe.

Kisahnya, Song yi jadi diburu sebab dia secara tak sengaja ada bukti pembunuhan seorang aktres nie... Song yi tak sedar pun... masa nie kejaya dia dah jatuh... sampai terpaksa jual harta nak bayar hutang... si alien nie plak bersudah payah nak protect Song yi nie daripada orang jahat.. tapi Min Jonn tak boleh nak gunakan kuasa yang dia ada.

Watak lain dalam cerita nie.. Park Hae Jin  sebagai Lee Hwi Kyung kawan Song yi dari kecik lagi... dia nie memang lama dah suka kat Song yi nie... tapi song yi tak layan dia... Song yi anggap dia nie sebagai kawan je... satu lagi watak seorang pelakon yang sukakan Hwi Kyung nie iaitu Yoo Se mi lakonan Yoo In Na. Se Mi dengan Song yi nie memang tak ngam walaupun diorg kenal daripada kecil lagi.

Cerita korea nie heronya mesti perfect kan... handsome, pandai, macho dan kaya bagai... yang heroin lak tak berapa nak cun, mesti ala-ala bimbo sikit.... hehe.  Cerita nie pun sama ler... tapi jalan ceritanya lain la sikit kan sebabnya manusia bercinta dengan alien... bukan alien yang muka buruk bagai.. yang nie alien yang handsome punya..... Pendek kata cerita nie cukup rencah la ada kelakar, sedih, aksi romantik dan geram pun ada sebab ada watak jahat dalam citer nie...

Ok la... kalau nak layan drama nie online boleh klik kat sini... selamat menonton..

No comments:

Post a Comment