Blogroll

Tuesday 16 December 2014

Denggi!!!

Salam....

Dah lama Unggu tak demam... tiba-tiba je minggu lepas Unggu demam... emmm.... takde la demam teruk cuma rasa sakit badan, kepala pening dan pahit mulut... biasala kan bila dah sakit hilang terus selera makan... Ceritanya...... Unggu demam hari petang sabtu.... hari ahadnya dah rasa macam kurang dah demamnya.... tapi pahit mulut dan sakit kepala masih lagi rasa... masa nie Unggu ingatkan dah tak demam... ye la rasa macam dah ok sebab dah boleh gi kerja hari isnin....  Pastu hari rabu perasan ada ruam merah dekat kulit... dah cuak dah... apasal tetiba pulak keluar ruam kan... hehe... suspen tak...

so hari khamis Unggu ke klinik kesihatan dah bila jumpa je nurse terus kena ambik darah sebabya masih lagi demam dan nurse takut ada denggi... cuak giler masa nie.. dah la sepanjang hidup nie belum pernah ambik darah... tapi dah nurse cakap macam tu relakan lah diri ni kena cucuk.... dah siap ambik darah nak kena tunggu jumpa doktor plak.... masa nie dah pikir macam2... takut punya pasal.... bila jumpa doktor... doktor cakap  suspek denggi... platlet darah turun sikit 188..nagis dalam hati ler jwbnye.... hehe. so Unggu tanya la doktor tanda kenapa suspek denggi... kata doktor sebab keluar ruam2 merah dan demam yang berpanjangan... sudahnya esok, jumaat kena datang lagi ambik darah.... masa nie doktor advise kena minum air masak banyak2... Unggu habiskan hampir 4 liter air kosong.... dah minum byk air paham-paham je la kan... asyik  berulang ke tandas je... hehe.

Jumaat... pergi lagi ambik darah platlet turun jadi 186... cuak lagi... tapi nasib baik platlet tak drop sangat..... doktor tak puas hati dengan bacaan darah esok, sabtu  kena datang lagi.... ambik darah lagi... huwaaaa..... malamnya masih lagi minum banyak air... masa nie dah start search dalam internet pasal denggi.... banyak petua yg Unggu dapat suruh makan sup ketam.... esoknya pagi sabtu gigihla masak sup ketam dalam masa yang sama minum banyak air masak dan minum sekali air kiwi... air kiwi nie beli yang dah siap... dalam botol... katanya kiwi nie elok untuk naikkan platlet darah.... malam sabtu pergi cek darah sekali lagi... masa harap sangat yang platlet darah dah naik... ye la dah makan macam-macam... hehe. alhamdulillah... dah ambik darah platlet darah dah naik jadi 258.. syukur.. pastu doktor lak cakap yang Unggu takde denggi... cuma mungkin demam virus je...
Sikit info pasal demam denggi...


Demam Denggi
Pengenalan
Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.
Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).
Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.
Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.

Tanda dan gejala
  • Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
  • Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
  • Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai "breakbone fever".
  • Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
  • Muntah dan kurang selera makan.
Rawatan
  • Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.
  • Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
  • Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
  • Mandi jerlum.
  • Antibiotik tidak diperlukan.

No comments:

Post a Comment