Blogroll

Tuesday 16 December 2014

Fenomena Aurora borealis

Salam.... haiiii

Dah lama Unggu nak menulis pasal fenomena aurora  nie... satu fenomena alam yang menakjubkan... nak tahu macam mana jom tengok gambar nie...subahanallah.... cantik sangat... dan tak mungkin la kan kat Malaysia nie nak merasa cahaya nie... hehe.






Cantikkan!!.. Meh Unggu ceritakan sedikit pasal cahaya aurora nie.... fenomena alam ini juga dipanggil cahaya utara... cahaya terang yang boleh dilihat dilangit...  salah satunya dipanggil Aurora Borealis... iaitu pancaran cahaya yang menyala-nyala pada lapisan ionosfer akibat dari interaksi antara medan magnetik.  Aurora berpunca dari elektron yang mempunyai tenaga 1-15 keV, iaitu tenaga yang diperolehi elektron yang melalui beza upaya 1,000 - 15,000 volt. Cahaya akan terhasil apabia elektron ini berlanggar dengan atom di inosfera, lazinya di altitud 80-150 km. Pancaran oksigen atom paling menonjol garis kehijauan pada 557.7nm dan ( terutamanya dengan elektron bertenaga lebih rendah pada altitud lebih tinggi) garis merah tua pada 630.0 nm. kedua-duanya merupakan peralihan terlarang aras tenaga oksigen atom yang ( dengan ketiadaan pelanggaran) berterusan untuk masa yang lama, yang menerangan pencerahan dan penyuraman yang beransur-ansur (0.5 - 1 saat) sinar aurora. 

Belajar sains plak kita hari nie ye. hehe. Aurora nie biasanya terjadi dekat kutub utara dan juga kutub selatan.. sebabnya dekat kutubnie la pusat magnetik bumi. Aurora yang terjadi kat kutub utara nie dipanggil Aurora Borealis. Aurora nie mengeluarkan cahaya kehijauan dan kemerahan. Untuk lebih kefahaman sila rujuk wikipedia... hehe.











Aurora nie terjadi dekat negara-negara yang ada iklim sejuk.. antara tempat yang paling terkenal untuk menyaksikan fenomena aurora nie adalah di Yellowknife, Northwest Territories, Canada dan negara-negara seperti Alaska, Norway, Finland da juga Iceland. 

No comments:

Post a Comment