Blogroll

Sunday 17 November 2013

13 JAM A380 ~~ Evelyn Rose

Hiii... Salam

I'm back... hehe. Hari nie Unggu nak citer pasal novel 13 Jam A380 karya kedua Evelyn Rose. Emmm... lama la gak masa Unggu ambil nak habiskan novel nie.

 ini dia novel nyer..

Sipnopsis di belakang novel..

13 jam di dalam penerbangan ke Landon menaiki MAS A380, takdir menemukan Hana Sofea dan Syed Haydar, jejaka idamanya. Mencipta kenangan terindah di langit biru.

Mereka bergelar kekasih kayangan untuk empat jam, menari tango bersama, menjelajah seluruh pesawat bersama, merasai enaknya Caremel Latte bersama.. Tapi tatkala MAS A380 mencecah lantai bumi segalanya pergi bagai wap di udara.

"Hana, thank you for last night... but I can't have cocaine all the time " - Syed Hydar.

Melihatkan kemesraan Syed Hydar dan kekasih realitinya, si model jelita membangkitkan Hana Sofea daripada mimpi indah.

Di kota London, A380 juga akhirnya menerbangkan Hana Sofea kepada Fawwaz Hussaini, jutawan kacukan Melayu-Inggeris-Arab. Tanpa sebarang sebab Emmel, anak angkat Fawwaz menyangkakan Hana Sofea adalah ibunya.

"My daughter likes you, if you're willing to let her call mommy... i will pay you fifty buck per hour..." - Fawwaz Hussaini.
"Dapat hadiah tak?" - Hana Sofea
"A pink Audi TT, is that okay?" - Fawwaz Hussaini
"Saya nak Audi TT yang latest version aje. Yang lain saya tak nak" - Hana Sofea

Hadirnya Hana Sofea menghiasi kehidupan mereka sekeluarga bagaikan indahnya bunga popi mekar, munculnya sang jutawan bermata ambar yang kuat pegangang agamanya itu dalam hidup Hana Sofea pula bagaikan menyedarkan Hana Sofea tentang kasih sayang Tuhan. Dan saat semuanya bagaikan baru bermula, Syed Hydar datang menuntut sebuah cinta..

"Saya rindukan awak, Hana... Jangan cakap awak dah kawin dan budak ni anak tiri awak, Hana". - Syed Hydar.

Adakah mimpi akan kekal sebagai mimpi setelah waktu berlalu dan hari berganti?

********************************************************************************

Novel nie adalah karya kedua Evelyn Rose selepas The Wedding Beaker. Dah penulis yang sama kan ada jugak lah watak-watak seperti Tengku Adam Kamil dan Ariana Rose, ada jugak Linda dan Samuel.. kiranya cam sambungan la watak Linda dan Samuel dalam 13 Jam A380 nie. 

Novel nie mengisahkan Hana Sofea yang jadi stalker jutawan muda yang kacak dan  kaya-raya. Penulis novel nie ambik Faliq Nasimudin sebagai inspirasi untuk watak Syed Hydar... macam kene je kan....

Daripada angan-angan nak jumpa Syed Hydar membawa kepada dunia realiti buat Hana Sofea... sesuatu yang tak dijangka jumpa Syed Hydar dalam kapal terbang MAS A380 ke London...  Emmm.. sesuatu yang mungkin hanya terjadi dalam novel saja... hehe. Macam-macam jadi kat Hana Sofea dalam kapal terbang tu, berebut tempat duduk ngan orang Fido... sudahnya Hana diberikan tempat duduk kat kabin kelas pertama, sebelah Syed Hydar plak tu.

Sampai di London, Hana secara tak sengaja jumpa Fawwaz Hussaini, jutawan kacukan Melayu-Inggeris-Arab... Mula dari sini la Hana Sofea kenal dengan Fawwaz Hussaini dan diorg jatuh cinta. Melalui Fawwaz nie Hana belajar mengenal tuhan dan berubah menjadi muslimat sejati.  

Selepas tiga tahun, Hana balik ke Malaysia selepas habis study, Hana balik dengan harapan dia nak bagi tahu ayah dan ibunya yang dia nak kawin dengan Fawwaz... tapi si Hydar plak yang kacau daun, rupanya Hydar dah rancang sesuatu dengan keluarga Hana. Dalam terpaksa Hana terpaksa kawin dengan Hydar sebab nak selamatkan H's Cafe daripada jatuh ke tangan Hydar. 

Dan macam biasa la novel... they live happily ever after...!! Banyak pengajaran yang kita leh dapat dari novel nie..(thumbs up untuk penulis novel nie), emmm.. kita tahu yang kita beragama islam tapi kita jauh daripada landasan sebenar. Kadang-kadang kita perlukan seseorang untuk kita sandarkan harapan... tapi kita lupa yang hanya boleh kita sandarkan adalah kepada Allah swt.  .... bye.. LOL.



Audi TT Pink..... nie rupanya kereta yang Hana mintak dengan Fawwaz..
 gambar dari google.com





No comments:

Post a Comment