Blogroll

Sunday 3 November 2013

Intan Sarawak

Hiii... salam semua

Kali ini Unggu nak bercerita pasal kursus yang Unggu telah pergi. Unggu adalah insan terpilih sebenarnya... hehe. Ye la kan, dalam ramai-ramai F29/F32 yang berkhidmat dengan kerajaan nama Unggu naik untuk kursus nie... emmm bertuah la sangat... nak tahu tak kursus apa? Kursus Fungsional PPTM : Android Application Development. Kursus nie diadakan selama empat hari iaitu dari 17 - 21 September 2013 di INTAN Sarawak. Kursus nie mungkin la perserta nya dipilih secara rawak... emmm... seorang setiap jabatan. Dapat email tawaran kursus rasa cam tak nak pergi, sebabnya kena pergi sorang-sorang. Tapi bila pikir balik cam rugi plak sebab dah terpilih kan... Unggu redha je... main redah aja. Sebelum ke sana Unggu dah janji dengan salah seorang peserta dari Terengganu, kami akan jumpa dekat Kuching sana.

Unggu naik kapal terbang Mas... kerajaan bayar... hehe. Secara kebetulan masa nak tunggu naik kapal terbang terjumpa kawan lama yang nak ke Kuching... dia pun pergi kursus yang sama dengan Unggu... wah... lega.. so sampai sana kitaorang sama-sama naik teksi ke Intan Sarawak.

INTAN nie dekat Kota Samarahan, kira-kira 20 minit perjalanan dari Airport Kuching, naik teksi tambangnya RM 35. Rupanya pakcik teksi yang kitaorang naik tak tahu mana Intan nie... emm.. nasib baik jumpa la kan.. takut gak sebabnya semua yang naik teksi nie tak pernah sampai ke Intan nie... buatnya pakcik bawak lari kitaorang tak ke haru.. hehe. Syukur alhamdulilah selamat sampai gak ke Intan nie.

Gambar-gambar Intan Sarawak.

Seronok kursus kat Intan nie... mungkin sebab baru lagi... bilik asrama pun cantik sangat dan sangat selesa. 


nie antara gambar-gambar asrama INTAN Sarawak yang sempat Unggu ambil. 


Masa kursus nie Unggu jumpa ramai kawan-kawan baru, yang sama-sama kursus dengan Unggu. Dah alang-alang sampai ke Sarawak kan haruslah ambik peluang nie untuk jalan-jalan kan.... Last day kursus kitaorang berjalan ke Kuching Waterfront... Banyak kedai cenderahati disepanjang waterfront nie... macam-macam ada... dari fridge magnet, t-shirt dan barang-barang perhiasan rumah. 

nie gambar kuching waterfront dan sampan yang kitaorang naik dan gambar kedai kek lapis mira.


Dari waterfront nie Unggu dan kawan-kawan ke seberang sana menaiki sampan... sampan ke? Ye kot... hehe. Naik sampan nie kena bayar 50 sen. Tak lama pun 5 minit je nak keseberang. Jeti untuk naik sampan nie ada dekat sepanjang waterfront. Apa yang ada kat seberang nie? Ada kedai makan dan kedai kek lapis... sempat la Unggu beli kek lapis  3 jenis... top up.... pada hal dah beli sebelum tuh... hehe.
Kedai kek lapis nie nama dia Kek Lapis Mira... ada banyak jenis yang dia jual... ada tester kek lapis... byk sangat rasa sampai tak tahu mana satu yang sedap...

Suasana malam di waterfront, gambar mee kolok, kalau dah ke Sarawak tak lengkap kalau tak rasa mee kolok. Bagi Unggu mee kolok nie rasanya macam megi ayam....

Walaupun masa untuk jalan-jalan singkat tapi amat bermakna... ye la first time gi Sarawak kan.... In sha Allah kalau ada kesempatan masa, ada duit lebih  Unggu akan ke Kuching lagi. Banyak lagi tempat-tempat menarik dekat Sarawk yang Unggu nak pergi... sekian.. LOL.




No comments:

Post a Comment