Blogroll

Monday 18 November 2013

Bakar 700 kalori

Hiiii..... salam

Jom baca artikel nie.... copy dari majalah rapi..hehe

Anda tidak perlu ada alasan untuk bermalas-malasan kerana aktiviti seharian yang anda lakukan itu boleh membantu mengurangkan kalori, sekaligus membuatkan badan anda menjadi lebih fit. Apakah aktiviti 'santai' itu? Cuba perhatikan:

1. Perbelanjaan Bulanan

Setiap bulan anda mempunyai senarai keperluan dapur untuk dibeli di pasaraya. Inilah caranya anda membakar kalori berlebihan dalam badan. Caranya, gunalah troli atau bawa barang perbelanjaan ke dalam kereta anda sendiri. Kembalikan troli ditempat sepatutunya. 1 Jam = 243 kalori

2. Berus Gigi

Doktor menyarankan supaya mengosok gigi sekurang-kuranya 2 minit agar gusi dan rongga mulut sentiasa bersih. Gosoklah gigi anda secara perlahan-lahan agar gigi bersih dan kalori pun terbakar.
2 minit = 5.7 kalori.

3. Mengelap perabot rumah

Anda tidak perlu mendapatkan pembantu rumah kerana anda boleh melakukan sendiri. Bersih dan lap sendiri meja , rak, jendela atau kabinet rumah anda. Membersihkan perabot rumah juga membolehkan anda berpeluh. 30 minit = 80 kalori

4. Menggosok baju

Ini adalah tugas rumahtangga yang paling tidak disukai oleh wanita. Tetapi, mungkin anda boleh mengubah fikiran jika anda tahu aktiviti ini boleh membakar kalori dalam badan anda. 30 minit = 76.5 kalori.

5. Melipat kain

Selepas selesai mengangkat baju diampaian, masanya untuk melipat baju pula. Sudah tentu, aktiviti ini boleh menambahkan kalori yang terbakar. Semakin banyak pakaian dan saiz pakaian yang anda lipat, semakin banyak kalori yang terbakar. 30 minit = 72 kalori

6. Mengemop lantai

Jangan terlalu mengeluh apabila anda perlu membuat kerja tambahan iaitu mengemop lantai. Jadikan tugas ini sebagai aktiviti fizikal untuk mengurangkan kalori yang berlebihan. 30 minit= 153 kalori

7. Menyapu lantai

Jika debu atau kotoran di lantai rumah anada, segera ambil penyapu dan sapulah kotoran ini ke luar. Menggerakkan batang penyapu ke depan dan ke belakang, kiri kanan boleh membakar kalori yang berlebihan. 10 minit = 28 kalori

8. Parkir kereta

Letaklah kenderaan anda dilokasi yang paling jauh dari tempat yang anda ingin tuju, Cara ini menyebabkan anda akan berjalan lebih jauh ke tempat tujuan anda sehinggakan lebih banyak kalori terbakar.
5 minit=10 kalori


oklah selamat beramal semua... bye.. LOL



No comments:

Post a Comment