Blogroll

Monday 6 January 2014

Prime Minister and I

Salam... hiiiii


Cerita korea pertama Unggu tengok untuk tahun 2014... tajuknya Prime Minister and I. Lately banyak sangat kan cerita melayu pasal kawin paksa atau kawin kontrak, cerita korea nie pun lebih kurang jugak la plotnya... kisah seorang paparazi kawin dengan seorang prime minister.


nie dia pm hero dan heroinnya

Heroin cerita nie YoonA (Nam Da Jung), dia nie panyanyi kumpulan Girl's Generation atau SNSD. Heronye Lee Boem Soo (Kwon Yul) lak baru first time tgk.... Cerita nie genre komedi romantik.  Kisahnya si PM Kwon Yul nie duda anak 3... PM termuda dalam sejarah korea.. dia kehilangan isteri dalam satu kemalangan jalan raya. Nam Da Jung lak seorang reporter yang cover citer PM nie. 

Nam Da Jung ada ayah yang sakit dan ada masa 6 bulan je lagi hidup. Ayah dia seboleh-bolehnya nak anaknya kawin sebelum menutup mata. Dalam masa sama Nam Da Jung ada skandal dengan PM nie. Ramai yang anggap si Nam Da Jung nie girlfriend PM. Termasuk la ayah Nam Da Jung. Ada la insiden yang berlaku yang menyebabkan salah faham tentang hubungan mereka. Diorang berdua nie kawin secara kontrak. Mula-mula PM nie tak nak kawin dengan Nam Da Jung tapi lepas dapat tahu keadaan ayah Nam Da Jung dan sebab anak lelaki dia suka sgt kat Nam Da Jung nie, PM pun setujula nak kawin.

Macam mana PM dengan Da Jung boleh ada skandal? Meh baca sini.... Alkisahnya Da Jung nie diberi tugasan untuk cari cerita panas pasal PM nie... ye la dia kan paparazi.. hehe.  Dalam pada Da Jung sibuk mengorek cerita pasal PM nie... anak lelaki PM kena culik oleh seorang wartawan jugak... Da Jung yang jumpa anak dia nie... PM salah paham dia ingat kan Da Jung yang culik anak dia sebab nak tahu cerita pasal diri dia. Ada plak wartawan yang ambik gambar PM dengan Da Jung dalam keadaan mencurigakan... melalui gambar nie la ramai yang buat spekulasi yang PM dan Da Jung ada skandal.



Nie pelakon-pelakon lain dalam cerita nie, Yoon Shi Hoon, Yoona, Lee Boem Soo, 
Chae Jung An dan Ryu Jin. 

Yoon Shi Hoon bawak watak Kang In Ho, dia nie orang kanan PM (Top Elite Officer). Nanti Kang In Ho nie akan ada hati kat Nam Da Jung .. Chae Jung An (Seo Hye Joo) nie plak orang PM nie jugak... rasanya dia nie ada hati dengan PM... diorang belajar dekat universiti yang sama. Ryu Jin pulak pegang watak Park Jun Ki... seorang menteri.....  Dia nie tak sebulu dengan PM, cuba nak jatuhkan PM. Junki nie bekas abang ipar PM, dia salahkan PM atas kematian adiknya. 

relationship watak dalam cerita nie.....


Boleh tengok cerita nie kat KBS World 391, 392 setiap isnin dan selasa. Klik kat sini kalau nak tengok online.  Emmm... rasanya dalam cerita nie PM lebih risaukan masalah perempuan lebih dari masalah negara... hehe. Ok la... Selamat Menonton... LOL


3 comments:

  1. da singgah cni..jemput singgah anf follow me back..tq...:)
    http://duniaaqumong.blogspot.com/

    ReplyDelete